Carian
Aplikasi VTS Untuk Android Menyemak Kerentanan Sekuriti Pada Peranti Anda
November 30, 2015 Aman

Masalah sekuriti untuk peranti Android boleh dikatakan salah satu masalah yang besar, memandangkan ramai pengeluar tidak mengeluarkan kemaskini berkala ataupun menawarkan versi sistem operasi terkini untuk peranti mereka di pasaran.

Kini, dalam usaha untuk memudahkan apa masalah yang dihadapi oleh peranti Android yang dimiliki anda, salah satu aplikasi percuma disediakan untuk pengguna Android, dinamakan sebagai Vulnerability Test Suite atau secara ringkasnya sebagai VTS.

VTS Android

Melalui aplikasi VTS untuk Android ini, ia menyemak peranti Android anda dengan pelbagai masalah sekuriti yang telah diumumkan secara umum, dan kekal berbahaya sehingga kini, walaupun terdapat beberapa patch untuk mengatasinya.

Walaupun ia boleh menyemak kerentanan sekuriti, namun, ia masih tidak dapat mengatasinya lagi, memandangkan memerlukan kemaskini daripada pengeluar peranti.

Namun, mungkin dengan anda mengetahui masalah sekuriti pada peranti anda, anda akan lebih berjaga-jaga, atau mencuba beberapa ROM lain untuk peranti anda yang telah mengatasi masalah berkenaan.

Komen