Qylatron – Alat Pengimbas Beg Yang Mempercepatkan Proses Saringan Keselamatan Di Lapangan Terbang

Qylatron – Alat Pengimbas Beg Yang Mempercepatkan Proses Saringan Keselamatan Di Lapangan Terbang

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Saringan keselamatan di lapangan terbang ialah realiti kehidupan dunia pasca serangan 11 September. Sejak peristiwa hitam ini kawalan keselamatan di pintu masuk semakin diperketatkan. Kami pernah beratur selama 90 minit sebelum melepasi pintu saringan keselamatan di Lapangan Terbang Beijing. Ianya amat memenatkan dan boleh menyebabkan anda terlepas pesawat yang sepatutnya dinaiki. Barisan yang panjang serta waktu menunggu yang lama ini adalah kerana sistem imbasan Sinar-X yang digunakan tidak cukup pantas untuk menampung jumlah penumpang yang ramai.

Qylatron-1

Qylatron ialah sistem imbasan Sinar-X dan kimia bahan letupan yang cuba menyelesaikan masalah ini. Rekaannya yang modular membolehkan sehingga lima Qylatron disusun seperti sarang lebah di pintu saringan keselamatan. Lebih banyak beg dapat diimbas secara serentak berbanding mesin Sinar-X yang digunakan sekarang. Kemampuan mengesan kimia bahan letupan serentak dengan imbasan sinar juga membuatkan saringan bagasi yang dilakukan lebih selamat. Sistem ini kini digunakan di beberapa stadium di Amerika Syarikat, Disneyland Paris dan ketika Piala Dunia 2014  bagi mengelakkan penonton membawa masuk senjata api. Ia kini sedang diuji oleh pihak TSA Amerika Syarikat bagi melihat keberkesanannya untuk kegunaan di lapangan terbang.

Sylatron-2

 

 

 


TIPS & ULASAN