Acer Melancarkan Liquid Z630, Z530 & Z330 – Peranti Kelas Pertengahan Harga Mampu Milik

Acer Melancarkan Liquid Z630, Z530 & Z330 – Peranti Kelas Pertengahan Harga Mampu Milik

Diterbitkan pada November 30, 2015 oleh .

Acer hari ini melancarkan tiga peranti kelas pertengahan pada harga mampu milik iaitu Liquid Z630, Z530 dan Z330. Peranti dengan spesifikasi tertinggi ialah Liquid Z630 dengan skrin 5.5″ IPS LCD 720P, pemproses 1.3Ghz empat teras MediaTek MT6735, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 8 Megapixel dan kamera hadapan juga 8 Megapixel. Bateri sebesar 4000 mAh digunakan dengan kemampuan menjadi power bank mengecas peranti lain.

Acer Liquid Z630

Seterusnya ialah Liquid Z530 yang mempunyai skrin 5″ IPS LCD 720P, pemproses 1.3 GHz empat teras MT6735, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik adalah sama seperti Z630 iaitu kamera hadapan dan belakang 8 Megapixel. Bateri pada peranti ini pula ialah 2490 mAh. Akhir sekali ialah Liquid Z330 dengan skrin 4.5″ IPS LCD (854 x480 pixel), pemproses 1.1 GHz empat teras Snapdragon 210, RAM sebesar 1 Givabte dan muatan dalaman 8 Giagbye. Kemampuan optik Liquid Z330 ialah 5 Megapixel pada bahagian hadapan dan belakang. Bateri pula adalah sebesar 2000 mAh.

Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi Android 5.1, menyokong penggunaan dwi-SIM dan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD. Harga jualan untuk Liquid Z630 ialah RM 659, Liquid Z530 ialah RM559 dan Liquid Z330 ialah RM 439.

Acer Liquid Z530

Acer Liquid Z330


TIPS & ULASAN