Acer Jade Primo Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Suku Pertama 2016

Acer Jade Primo Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Suku Pertama 2016

Diterbitkan pada November 30, 2015 oleh .

Acer Jade Primo telah diperkenalkan oleh Acer lebih sebulan yang lepas, dimana ia hadir sebagai telefon yang boleh dihubungkan dan beroperasi sebagai sebuah PC sepenuhnya. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar berkenaan dijangka hadir sekitar suku pertama 2016 kelak.

Acer Jade Primo

Acer Liquid Jade Primo merupakan telefon pintar berasaskan Windows Phone, dan dinantikan ramai pengguna seluruh dunia memandangkan ia boleh beroperasi sebagai sebuah komputer. Menggunakannya, pengguna boleh membuat operasi harian sebagai telefon pintar – atau menghubungkan ia kepada dock yang disambungkan kepada monitor untuk menggunakannya sebagai sebuah komputer. Melalui penggunaan Windows 10, ia membolehkan pengguna menikmati antaramuka yang selari, selain turut memudahkan mereka mengakses semua dokumen dengan mudah.

Acer Jade Primo

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED FHD, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, memori sebanyak 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 32GB. Untuk tujuan rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 21-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Acer juga pernah mengatakan mereka merancang memasarkannya bersama-sama dock, papan kekunci dan tetikus terbina melalui pakej khas. Tetapi tidak diketahui ia akan dilaksanakan di Malaysia atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan awal tahun 2016 ini untuk melihat penawaran daripada Acer ini.


TIPS & ULASAN