Cari @ Amanz

Huawei Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bakal melancarkan Nexus 6P untuk pasaran Malaysia, dan selepas ketirisan di VMall sebelum ini, hari ini pihak Huawei secara rasminya menghantar jemputan media, memperlihatkan Nexus 6P akan dilancarkan pada 8 Disember 2015 kelak.

Huawei Nexus 6P

Huawei Nexus 6P merupakan telefon pintar Nexus pertama daripada Huawei, hadir dengan pengalaman penggunaan peranti Android sebenar tanpa sebarang penambahan antaramuka dan sebagainya. Ia merupakan peranti terawal dijana Android 6.0 Marshmallow, dan turut akan menerima kemaskini terus daripada pihak Google.

Huawei Nexus 6P menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3450mAh. Ia turut dilengkapi kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini menggunakan pengecasan berasaskan USB Type-C, dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari.

Huawei Malaysia dijangka mengumumkan harga jualannya, dan penawarannya secara rasmi pada 8 Disember 2015 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd