Uber Mengumumkan MyUberPitch – Membolehkan Usahawan Bentang Idea Bisnes Dalam Kereta

Uber Mengumumkan MyUberPitch – Membolehkan Usahawan Bentang Idea Bisnes Dalam Kereta

Diterbitkan pada November 30, 2015 oleh .

Uber sering hadir dengan beberapa aktivit menarik menggunakan perkhidmatan mereka, dan terkini, pihak Uber Kuala Lumpur mengumumkan program MyUberPitch yang akan berlangsung pada 4 Disember untuk mengalakkan budaya keusahawanan dan pembentukkan idea dikalangan usahawan muda.

MyUberPitch

Melalui MyUberPitch, pengguna boleh menggunakan aplikasi Uber pada pukul antara 2.30 petang ke 6.30 petang, seterusnya memasukkan kod “MyUberPitch“. Jika permintaan anda berjaya, anda akan menerima sebuah pemanduan yang turut dinaiki bersama ahli perniagaan dan usahawan berjaya lain. Anda seterusnya akan diberikan masa dalam kenderaan berkenaan selama 15 minit untuk berkongsi idea anda bersama ahli perniagaan yang lain, dan mendapatkan input daripada mereka.

Idea menarik yang terpilih akan turut dikongsikan pada laman Says.com untuk diundi, dan pihak uber bersama-sama rakan kerjasama lain menyediakan hadiah berupa pembelajaran MBA secara percuma untuk tiga orang, selain langganan YES 4G selama setahun. Dan tidak mustahil juga jika idea anda benar-benar menarik untuk anda menerima pelaburan daripada usahawan dan ahli perniagaan yang bersama anda berkenaan.

Antara ahli perniagaan yang akan menyertai MyUberPitch ini adalah termasuk Tan Sri Tony Fernandes, Wing Lee (YTL Comm), Kai Kux (Asia Venture Group), Sulin Lau (Maxis), Bryan Loo (Chatime) dan ramai lain yang lain.


TIPS & ULASAN