Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan Oppo Store Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk membeli peranti dan aksesori Oppo terus melaluinya. Laman sama juga turut dilengkapi dengan sokongan menyemak IMEI untuk peranti yang telah dibeli mereka.

Oppo Online Store Malaysia

Laman Oppo Store Malaysia ini memudahkan pengguna mendapatkan produk asli, disamping pada masa yang sama turut boleh digunakan oleh Oppo untuk mengambil pra-tempahan untuk produk akan datang mereka.

Laman e-dagang Oppo Store Malaysia ini menggunakan pembayaran menggunakan platform iPay88, sekaligus memudahkan pengguna membuat pembayaran menggunakan sebarang bank tempatan. Oppo Store Malaysia menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian melangkaui RM99.

Untuk pelanggan yang membuat pembelian bermula 1 Disember 2015 ke 31 Disember 2015 kelak akan menerima diskaun 50% untuk pembelian aksesori, selain turut diberikan tiket wayang percuma. Ganjaran percuma ini ditawarkan secara terhad untuk pembeli terawal sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd