Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi dan industri lain turut membawa kepada beberapa kekurangan, termasuk salah satunya adalah pencemaran. Terkini, untuk mengatasinya, dan memastikan planet Bumi kekal sihat, beberapa ikon gergasi dalam dunia teknologi mengumumkan usahasama dinamakan sebagai Breakthrough Energy Coalition.

Usaha ini disertai oleh ramai ikon teknologi, termasuk Bill Gates, Mark Zuckerberg, Jack Ma (Alibaba), Jeff Bezos (Amazon) dan ramai lagi. Melalui Breakthrough Energy Coalition ini, mereka ingin melabur pada teknologi yang akan menyelesaikan masalah perubahan iklim, serta inisiatif tenaga hijau yang lain.

Mark Zuckerberg Dan Bill Gates

Antara arena yang mereka lihat dalam pelaburan teknologi tenaga hijau adalah termasuk pada pengangkutan, pertanian, penghasilan tenaga elektrik, dan beberapa perkara yang lain. Pelaburan ini juga menyasarkan untuk hadir dengan tenaga yang menghasilkan karbon pada kadar hampir sifar, selain menghasilkan tenaga yang lebih mampu-milik.

Melalui penyertaan ramai tokoh dan ikon dunia teknologi ini, mereka ingin melabur kepada idea tenaga hijau daripada hanya idea kepada dunia sebenar – sekaligus merealisasikannya.

Usaha yang dilakukan oleh mereka ini merupakan salah satu usaha yang baik dalam memastikan mengurangkan kadar pencemaran, dan pada masa yang menyelamatkan iklim Bumi. Beberapa syarikat telah sedia menggunakan teknologi hijau dalam pembangunan mereka, dan ini membawa ia setapak lagi ke hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd