Adobe Premiere Clip Dilancarkan Untuk Android

Adobe Premiere Clip Dilancarkan Untuk Android

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Adobe Premiere Pro ialah program suntingan video kegemaran kami ketika di kolej. Ia mempunyai pelbagai fungi yang memudahkan proses suntingan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selepas tamat pengajian kami tidak lagi mampu menggunakan program ini kerana lesen bulanan yang sangat tidak mampu milik. Kepada yang masih mahu melakukan suntingan menggunakan Premiere kini wujud edisi untuk peranti mudah alih.

Adobe-Premiere-Clip-Android

Adobe Premiere Clip ialah versi mini yang baru sahaja dilancarkan di platform Android. Sebelum ini ia hanya wujud di dalam versi iOS. Menerusi aplikasi ini anda boleh melakukan suntingan video, memasukkan audio kegemaran dan menggunakan kesan khas yang terbina. Kerana ianya produk Adobe, kesemua video yang disunting boleh disimpan terus ke dalam Adobe Creative Cloud. Anda memerlukan akaun Adobe bagi menggunakan kesemua fungsi menarik ini. Jadi kepada yang mahukan aplikasi suntingan percuma untuk video yang diambil menggunakan peranti mudah alih kini anda boleh melakukannya menggunakan Premiere Clip.

Muat turun Adobe Premiere Clip Dari Google Play Store


TIPS & ULASAN