Cari @ Amanz

Semalam kami laporkan berita dron generasi kedua Amazon diperlihatkan untuk tujuan penghantaran bungkusan dalam masa 30 minit. Dron terkini Amazon adalah dari jenis rekaan hibrid yang berubah menjadi pesawat biasa apabila perlu terbang secara mendatar. Dron kini bukan lagi digunakan hanya untuk tujuan ketenteraan dan bidang videografi tetapi semakin mendapat tempat di dalam pelbagai industri lain.

DJI-MG-1-1

Dengan DJI MG-1, kini wujud pula dron yang direka khas untuk industri pertanian. Dron dengan lapan kipas ini mampu melakukan tugas menyembur racun dan mengairi tanaman di kebun sayur. Rekaan MG-1 adalah lebih tahan lasak bagi menahan kikisan dari racun yang disembur dan penggunaan yang lebih berat. Ia mampu membawa 10 liter cecair dan terbang selama 12 minit. Ini membolehkan ia menyembur di dalam ladang sebesar 10 ekar. Buat masa ini dron ini hanya dijual di China sebelum memasuki pasaran Korea Selatan. Harga jualan bermula dari $15000(~RM 63000) sebuah. Ini mungkin lebih mahal berbanding dron videografi buatan mereka namun jauh lebih murah petani menggunakan pesawat semburan racun biasa.

DJI-MG-1-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd