Google Menamatkan Sokongan Chrome 32-bit Untuk Linux Bermula Mac 2016

Google Menamatkan Sokongan Chrome 32-bit Untuk Linux Bermula Mac 2016

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Google Chrome LogoGoogle sebelum ini telah mengumumkan akan menamatkan sokongan pelayar web mereka untuk beberapa sistem operasi, dan terkini, mereka turut mengumumkan yang mana akan menamatkan sokongan untuk Chrome 32-bit untuk Linux bermula daripada awal Mac 2016 kelak.

Selain daripada Chrome 32-bit untuk Linux, pihak Google juga turut akan menamatkan sokongan untuk Ubuntu 12.04 dan juga Debian 7 pada waktu yang lebih kurang sama.

Bermula daripada Mac 2016 kelak, pelayar web Chrome masih boleh kekal digunakan pada platform ini, tetapi ia tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini sekuriti ataupun fungsi baru untuknya.

Walaupun versi Chrome ditamatkan, pihak Google menekankan yang mana mereka akan kekal menyokong Chromium 32-bit untuk Linux.


TIPS & ULASAN