GoPlug – Beg Sandang Dengan Palam Elektrik Terbina

GoPlug – Beg Sandang Dengan Palam Elektrik Terbina

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Power bank untuk peranti pintar kini boleh dimiliki pada harga yang amat murah. Masalah peranti kehabisan bateri ketika di luar kini bukan lagi masalah besar kerana power bank berkapasiti besar turut mempunyai rekaan yang kompak. Masalah komputer riba dan kamera kehabisan bateri ketiga tugasan luar adalah dua masalah besar yang kami harap dapat diselesaikan. Masalahnya power bank dengan palam elektrik tiga pin walaupun wujud tidak terjual secara meluas di Malaysia.

GOPlug-2

GoPlug ialah beg galas yang dilengkapi palam elektrik terbina. Kini anda tidak perlu risau sekiranya peralatan elektrik anda kehabisan bateri ketika di luar. Beg ini mempunyai satu palam elektrik 3 pin, 1 port MikroUSB, 1 port USB-C, 2 port USB-A dan satu port 12V DC (kepala palam pencucuh rokok di dalam kereta). Kesemua port pengecasan dan palam elektrik ini disambungkan kepada sebuah power bank berkapasiti 160 Wh. Sebagai perbandingan bateri sebuah MacBook Pro adalah bersaiz 99 Wh. Ini membolehkan ia mengecas bateri komputer riba, tablet, bateri kamera dan peranti pintar dengan mudah. Harga jualan GoPlug bermula dari $229 (~RM 971) sebuah.

GOPlug-1


TIPS & ULASAN