Chrome Untuk Android Kini Jimatkan Data Dengan Tidak Muat-Turun Gambar Pada Sambungan Internet Perlahan

Chrome Untuk Android Kini Jimatkan Data Dengan Tidak Muat-Turun Gambar Pada Sambungan Internet Perlahan

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Chrome untuk Android sedia mempunyai fungsi penjimatan data terbina untuk menawarkan versi web yang telah dimampatkan (compress). Kini, bergerak kehadapan, Chrome turut dikemaskini dan menawarkan penjimatan data sehingga 70%.

Google menjayakan perkara ini dengan tidak memuat-turun sebarang imej pada sambungan internet perlahan, sekaligus membolehkan pengguna membaca apa yang dikehendaki terlebih dahulu, dan hanya melihat imej atas permintaan sahaja.

Chrome Android

Perkara ini sekaligus menjadikan pelayaran web lebih pantas, dan tidak menggunakan data yang sangat tinggi.

Fungsi ini akan diaktifkan secara automatik apabila pengguna menetapkan Data Saver pada Chrome, serta mendapati talian internet anda sangat perlahan. Seperti biasa, pengguna akan turut dipaparkan dengan pilihan untuk memuatkan gambar selepas web berkenaan dibuka.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di India dan Indonesia terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negara-negara lain.


TIPS & ULASAN