Pengguna Internet Seluruh Dunia Kini Mencapai 3.2 Bilion Orang

Pengguna Internet Seluruh Dunia Kini Mencapai 3.2 Bilion Orang

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Perkembangan dunia teknologi dan arena telekomunikasi membolehkan ramai pengguna berhubung antara satu sama lain menggunakan internet. Terkini, melalui bancian tahunan yang dikeluarkan oleh International Telecommunication Union, ia dilihat pengguna internet seluruh dunia telah mencapai angka 3.2 bilion orang.

Perkembangan ini turut memperlihatkan yang pada penghujung tahun 2015 ini, sebanyak 46% isi rumah seluruh dunia akan mempunyai akses internet – meningkat 2% berbanding 44% pada tahun lepas.

Dari segi langganan jalur-lebar, ia dilihat langganan jalur-lebar mudah-alih meningkat dengan lebih tinggi berbanding dengan jalur-lebar talian-tetap.

Pihak ITU turut mengumumkan yang mana kini langganan talian selular mudah-alih mencapai 7.1 bilion, dan lebih kurang 95% popular dunia kini diliputi dengan liputan rangkaian mudah-alih.

Pada laporan yang sama, jika dilihat daripada kedudukan negara, Korea Selatan menduduki tangga pertama sebagai negara yang paling berhubung diantara semua lokasi – mengekalkan kedudukan mereka sejak daripada tahun 2010 yang lepas. Mengikuti belakang Korea Selatan adalah Denmark, Iceland, UK dan juga Sweden.

Muat-Turun Laporan penuh ITU 2015


TIPS & ULASAN