Carian
LG
LG Memperkenalkan LG Class Untuk Pasaran Antarabangsa Dibawah Nama LG Zero
December 1, 2015 Aman

LG pada bulan September yang lepas telah memperkenalkan telefon pintar yang dinamakan LG CLass, dan membawakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya – tetapi pada spesifikasi yang rendah. Terkini, LG berkongsi perancangan untuk melancarkannya untuk pasaran global dibawah nama LG Zero.

LG Zero

Dari segi spesifikasi, LG Zero ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan 1.2Ghz empat-teras, memori 1.5GB RAM, dan bateri berkapasiti 2050mAh. Peranti ini dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

LG turut menyertakan beberapa mod rakaman khusus daripada siri-G untuk LG Zero ini, termasuk fungsi Gesture Shot, Gesture View, Gesture Interval Shot dan beberapa yang lain.

LG mengatakan ia akan mula dijual di Taiwan bermula minggu ini, dan diperluaskan ke negara lain sekitar Asia, Eropah, dan Amerika secara berperingkat.

LG Zero

Komen