Cari @ Amanz

Perkembangan internet dan arena teknologi berhubung membawa kepada pelbagai peranti dan produk pintar di sekeliling kita. Terkini, salah satu projek menarik yang sedang mengumpulkan dana melalui Indiegogo adalah Walli.

Walli

Walli adalah dompet pintar yang berhubung kepada telefon pintar anda – membolehkan ia menghantar notifikasi kepada anda jika anda tertinggal dompet di rumah, pejabat dan sebagainya. Memandangkan pada era kini, kita mungkin tertinggal dompet dan kad pengenalan – tetapi tidak mungkin tertinggal telefon pintar, maka penawaran dompet ini mungkin digemari sesetengah pengguna.

Disamping itu, dompet ini juga hadir dengan beberapa ruangan kad, membolehkan anda mengetahui jika anda tertinggal sesuatu kad dan sebagainya. Sebagai contoh, mungkin anda mendaftar masuk ke sesuatu banggunan menggunakan lesen memandu, dan terlupa mengambilnya kembali ketika keluar. Walli akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar anda, dan anda boleh pergi mengambilnya sebelum meneruskan perjalanan.

Walli turut hadir dengan perlindungan RFID untuk mengelak kandungan dompet anda diimbas pengodam, selain menggunakan bateri yang bertahan sehingga 6 bulan dan boleh digantikan dengan mudah.

Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana melalui Indiegogo, dan anda yang berminat boleh membuat sumbangan dan membelinya melalui halaman projek berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd