Cari @ Amanz

Xiaomi Mi4 Windows 10Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Windows 10 Preview untuk pengguna Xiaomi Mi4 di China, membolehkan pengguna Xiaomi Mi4 untuk memasang dan menggunakan sistem operasi Windows 10 pada telefon pintar mereka.

Terkini, dengan peranti berasaskan Windows 10 Mobile yang telah mula dijual, pihak Microsoft dan Xiaomi turut akan melancarkan versi penuh untuk Xiaomi Mi4 pada minggu ini.

Melalui perkongsian pihak Xiaomi, mereka mengatakan akan menawarkan Windows 10 untuk Xiaomi Mi4 LTE pada 3 Disember 2015 ini.

Pengguna akan diperlukan untuk memasang ROM Windows 10 Mobile ini secara sendiri, dan ia akan menggantikan sistem operasi MIUI sedia ada. Memandangkan pihak Xiaomi turut menawarkan ROM MIUI7 untuk Mi4 mereka, maka pengguna yang gemar mengubah ROM pada telefon pintar, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba Windows 10 Mobile pada Xiaomi Mi4 mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd