Cari @ Amanz

Bark'N'Barrow-3Terdapat banyak aplikasi peranti pintar yang menggunakan model perniagaan seperti Uber. Terdapat Blade yang membenarkan anda menaiki helikopter yang disewa pada kadar yang berpatutan. Wujud juga AirDonkey di Denmark yang menawarkan perkhidmatan meminjam basikal dari pengguna lain. Kesemua aplikasi ini memudahkan pengguna untuk pergi ke destinasi pilihan mengikut kenderaan yang digemari.

Di Amerika Syarikat kini wujud sebuah lagi perkhidmatan unik khas untuk pemilik dan pencinta anjing. Bark’N’Borrow membolehkan mereka yang mahu bermesra dengan anjing yang dipinjam dari pemilik anjing yang lain. Idea perkhidmatan ini wujud kerana terdapat ramai pencinta anjing yang tidak boleh memiliki haiwan peliharaan kerana peraturan yang dikenakan di tempat tinggal mereka. Melalui aplikasi ini mereka boleh memiliki haiwan peliharaan sementara untuk menemani mereka sebelum memulangkannya semula. Pengguna boleh menyewa anjing mengikut baka kegemaran. Kepada pemilik pula Bark’N’Borrow memudahkan mereka mencari penjaga haiwan peliharaan sekiranya mereka perlu ke luar bandar. Tidak perlu lagi menjadi hostel untuk anjing yang mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi. Sebuah idea yang menarik. Mungkin di Malaysia edisi kucing boleh diwujudkan.

Bark'N'Barrow-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd