Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah membuka jualan PlayStation 4 edisi Star Wars untuk para pelanggan mereka, dimana ia ditawarkan pada harga RM1849. Pada harganya, boleh dikatakan ia agak mengecewakan, kerana tiada sebarang promosi yang khusus untuk pelanggan Unifi, dan harga jualannya adalah serupa dengan harga jualan di kedai-kedai diluar sana.

Melalui pembelian PlayStation 4 edisi Star Wars ini, pengguna akan menerima konsol PS4 500GB, permainan Star Wars Battlefront, tiga permainan Star Wars dibawah Super Star Wars, dan jga langganan selama 12-bulan dibawah PS Plus.

PlayStation 4 Star Wars

Pelanggan perlulah melanggan pakej Unifi Advance terlebih dahulu sebelum dapat membeli pakej ini, dan boleh membuat tempahan di laman khusus yang disediakan Telekom Malaysia. Mereka turut menyediakan pelan pembayaran ansuran selama 12 bulan untuk pemegang Maybank Credit Card.

Sebagai alternatif bagi anda, anda juga boleh menyemak penawaran PlayStation 4 di beberapa kedai berdekatan anda, yang menawarkan konsol serupa pada harga yang sama. Kami kurang pasti mengapa pihak Telekom Malaysia menjualnya pada harga penuh tanpa sebarang diskaun – apatah lagi dengan mereka memasarkannya bersama-sama jenama Unifi Advance, dan bukannya membuat jualan terbuka. Memandangkan pihak Telekom Malaysia menyasarkan jualan ini kepada pelanggan Unifi Advance baru dan sedia ada, kami merasakan agak kecewa dengan penawaran Telekom Malaysia ini pada harga penuh tanpa sebarang diskaun untuk pelanggan mereka.

Anda juga mungkin boleh membuat semakan di laman Sony Store Malaysia jika ingin melihat kepada penawaran bundle permainan lain bersama-sama PlayStation 4 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd