Cari @ Amanz

U Mobile Memberikan Data 1GB Tambahan Percuma Untuk Semua Pelanggan Sempena Hujung Tahun

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena dengan penghujung tahun ini, hari ini U Mobile memperkenalkan promosi baru untuk semua pelanggan prabayar dan pascabayar dengan langganan bulanan yang dikemaskini automatik, data tambahan sebanyak 1GB. Data percuma ini ditawarkan untuk tempoh 1 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 ini.

U Mobile Year End

U Mobile mengatakan semua data ini akan ditambah secara automatik untuk kuota bulan Disember 2015 ini, membolehkan para pengguna menggunakan data sebanyak 1GB tambahan percuma ini.

Pakej yang terlibat dibawah promosi ini adalah termasuk UMI, iPlan, Plan Postpaid (U28, P50, P70), UD Plan, dan juga MB Plan. Bagi anda yang melanggannya, boleh menyemak penggunaan data dan baki data langganan anda hari ini.

U Mobile Year End


Komen ()