Pixel Vision – Peranti Permainan Mudah-Alih Untuk Memainkan Permainan Konsol Klasik

Pixel Vision – Peranti Permainan Mudah-Alih Untuk Memainkan Permainan Konsol Klasik

Diterbitkan pada Dis 1, 2015 oleh .

Walaupun terdapat pelbagai konsol dengan grafik tinggi pada hari ini, permainan konsol klasik masih menjadi minat ramai, apatah lagi boleh dimainkan secara kasual. Kini, untuk para peminat permainan klasik dan retro, salah satu projek yang mungkin menarik minat anda adalah Pixel Vision.

Pixel Vision

Pixel Vision adalah sebuah peranti berbentuk peranti mudah-alih, dan membolehkan ia memainkan beberapa permainan klasik yang dibangunkan untuk Atari 2600, Game Boy dan juga NES.

Pixel Vision menggunakan rekaan berasaskan kayu, dan direka menggunakan tangan – sekaligus memberikan lebih impak untuk para peminat permainan retro.

Pixel Vision ini dikatakan boleh menyimpan lebih kurang 10,000 permainan, dan pengguna boleh menambah permainan melalui USB. Pixel Vision juga hadir dengan masa penggunaan selama lapan jam.

Pixel Vision

Melengkapkan Pixel Vision adalah penggunaan Raspberry Pi A+, dan sebuah skrin LCD bersaiz 3.5-inci. Untuk penawaran audio yang baik, cip audio DAC+ turut disertakan pada peranti ini, selain butang kawalan A+B.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat sumbangan atau tempahan melalui Pixel Vision di laman KickStarter. Pixel Vision ditawarkan pada harga kr3,999 (~RM1943), dan perekanya turut menekankan yang mana ia dibina menggunakan tangan.

Layari : Pixel Vision di Kickstarter


TIPS & ULASAN