Exynos 8890 Kini Pemproses Paling Berkuasa Menurut Antutu

Exynos 8890 Kini Pemproses Paling Berkuasa Menurut Antutu

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Aplikasi penanda aras Antutu kerap kami gunakan untuk melihat kuasa memproses sesebuah peranti. Ia digunakan bagi melihat perbandingan dan memudahkan pengguna memilih peranti manakah yang sesuai dengan keperluan harian mereka. Sebelum ini rekod markah tertinggi Antutu dipegang oleh pemproses HiSilicon Kirin 950 yang kini digunakan pada Huawei Mate 8. Markah penanda aras untuk pemproses Exynos 8890 kini tertiris ke arena web dan dengan mudah mengatasi 79000 markah yang dicatatkan oleh Kirin 950. Dalam ujian pelbagai teras, Exynos 8890 mencatatkan 103692 markah. Ujian dilakukan pada peranti dengan kod model SM-G9300 yang kini dipercayai adalah Galaxy S7. Peranti terkini keluarga Galaxy ini dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada MWC 2016 Februari depan.

Diharap kuasa memproses yang tinggi ini dapat dipadankan dengan sistem operasi yang dapat menggunakannya secara optimum. Samsung Galaxy S6 adalah antara peranti terbaik yang kami ulas tahun. Berdasarkan dari markah penanda aras yang tertiris ini, ia menunjukkan petanda baik Galaxy S7 juga bakal menjadi peranti terbaik 2016. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi peranti ini di masa hadapan.

Exynos-8890-Antutu


TIPS & ULASAN