Komen Pembuli Atas Talian Brazil Ditampal Pada Papan Iklan Berhampiran Rumah Mereka

Komen Pembuli Atas Talian Brazil Ditampal Pada Papan Iklan Berhampiran Rumah Mereka

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Masalah pembuli atas talian adalah semakin menjadi-jadi sejak penggunaan media sosial meningkat. Sebagai contoh berita keguguran kandungan penyanyi Siti Nurhaliza menjadi topik hangat seluruh negara. Apabila membaca berita sedih ini di Facebook, kami menemui ramai manusia pseudo-sempurna yang meninggalkan komen kurang menyenangkan mengenai sebab mengapa keguguran ini berlaku.. Ada yang mengatakan apa yang berlaku ialah kifarah tuhan kerana Siti masih menyanyi dan berdosa. Tak kurang juga yang mentertawakan beliau kerana mempunyai “rahim yang tidak bagus”. Komen seperti ini adalah sebab mengapa kami semakin jarang ke laman sosial apatah lagi berkongsi kehidupan seharian pada status. Terdapat terlalu banyak pembuli atas talian yang akan meninggalkan komen yang hanya membunuh sel otak apabila di baca.

Criola-Virtual-Racism-2

Di Brazil Criola, sebuah badan NGO anti perkauman terhadap mereka yang berkulit hitam melancarkan kempen “Virtual Racism, Real Consequences”. Mereka akan mencari status berbaur perkauman yang dimuat naik ke media sosial oleh individu tertentu. Dengan menggunakan maklumat geolokasi mereka kemudian akan menampal gambar status menghina ini pada papan iklan berhampiran tempat tinggal individu yang bertanggungjawab. Dengan kempen ini mereka berharap akan menyedarkan mereka bahawa mereka masih boleh dikesan dan mereka tidak boleh lari dari diheret ke muka pengadilan kerana memuat naik status yang menghina kaum tertentu. Inisiatif ini diharap dapat membuatkan mereka berfikir dua kali sebelum melakukannya di masa hadapan.

Criola-Virtual-Racism-1


TIPS & ULASAN