BlackBerry PRIV Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember – BlackBerry Pertama Berasaskan Android

BlackBerry PRIV Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember – BlackBerry Pertama Berasaskan Android

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

BlackBerry Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan kepada media tempatan, untuk acara pelancaran BlackBerry Priv yang dijadualkan pada tarikh 8 Disember ini. Tarikh 8 Disember 2015 ini juga akan memperlihatkan pelancaran Nexus 6P oleh Huawei, selain pembukaan rasmi plaza IT baru yang dikenali sebagai Lowyat2 buat masa ini.

BlackBerry Priv

BlackBerry Priv merupakan telefon pintar pertama daripada BlackBerry yang menjalankan sistem operasi Android sepenuhnya. Ia turut hadir dengan ciri-ciri tambahan daripada BlackBerry, termasuk sokongan privasi yang lebih baik, fungsi BlackBerry Hub, dan beberapa ciri-ciri tambahan BlackBerry memfokuskan sekuriti. Ia turut menggunakan antaramuka asas Android tanpa sebarang penambahan.

Membezakan lagi dengan peranti Android lain adalah penyertaan papan kekunci fizikal yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk input dan menatal web mahupun beberapa aplikasi menggunakannya.

BlackBerry Malaysia dijangka mengumumkan harga jualan dan tarikh penawaran ia untuk pasaran tempatan pada 8 Disember 2015 ini.


TIPS & ULASAN