Lumia 950 Dan Lumia 950 XL Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Disember 2015

Lumia 950 Dan Lumia 950 XL Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Disember 2015

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Bulan Disember 2015 ini memperlihatkan pelancaran beberapa produk baru, dimana termasuk Nexus 6P, BlackBerry Priv, dan tidak ketinggalan adalah Microsoft, dimana mereka menjadualkan pelancaran untuk Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL pada 15 Disember 2015 ini.

Lumia 950 XL

Lumia 950 dan Lumia 950 XL merupakan telefon pintar terbaru daripada Microsoft berasaskan kepada Windows 10 Mobile. Ia turut hadir dengan sokongan continuum yang membolehkan pengguna untuk menghubungkan ia kepada dock monitor khusus dan menggunakannya sebagai komputer.

Dari segi spesifikasi, Lumia 950 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, sementara Lumia 950 XL pula membawakan skrin 5.7-inci. Kedua-duanya menyertakan kamera belakang 20-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Untuk port pengecasan, ia menggunakan USB Type-C, selain hadir dengan sokongan Windows Hello untuk pengecaman wajah. Dengan kuasa pemprosesan tinggi untuk digunakan sebagai komputer, pihak Microsoft turut menyertakan sokongan liquid-cooling pada telefon pintar ini.

Harga jualan dan penjualan untuk kedua-dua telefon pintar ini dijangka diumumkan pada 15 Disember. Bagi peminat yang berminat, boleh turut menyertai acara pelancaran ini dengan meninggalkan slogan pada laman Facebook Microsoft Lumia Malaysia.


TIPS & ULASAN