Adobe Flash Professional Dijenamakan Semula Sebagai Adobe Animate CC

Adobe Flash Professional Dijenamakan Semula Sebagai Adobe Animate CC

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Bermula dari perisian yang dicipta khusus untuk tujuan animasi, perisian Flash yang mulanya hanyalah perisian kecil sehinggalah dikomersilkan oleh Macromedia dan kemudiannya diambil-alih oleh Adobe, adalah salah satu perisian yang berpengaruh di dunia internet. Terciptanya Flash Player memungkinkan kandungan interaktif dan juga video yang tidak menggunakan kapasiti fail saiz yang besar dimainkan di internet.

Namun kesemua ini tidak kekal berpanjangan apabila HTML5 diperkenalkan dan mendiang Steve Jobs pernah juga menyatakan pendapatnya keatas Flash yang mana tiadanya Flash pada peranti iOS kerana prestasinya dan juga ia menggunakan banyak sumber, sekaligus mengurangkan optimasi. HTML5 semakin banyak digunakan di pelbagai komputer dan Flash Player tidak berevolusi dengan pantas.

Menyedari hakikat yang Flash Player semakin tidak popular dikalangan pengguna, dan perisian Adobe yang lain juga telah boleh mencipta kandungan interaktif dalam HTML5, mereka telah menjenamakan Adobe Flash Professional sebagai Adobe Animate CC, dengan penekanan terhadap penciptaan kandungan animasi. Animasi yang dihasilkan menerusi Adobe Animate juga turut menyokong HTML5 Canvas. Perisian Adobe Animate juga akan masih menyokong format .SWF, WebGL serta berupaya menghasilkan animasi sehingga resolusi 4K.

Adobe Animate CC akan sedia untuk digunakan pada bulan Januari ini namun bagi anda yang masih menggunakan Adobe Flash Professional, versi lama akan kekal sedia ada namun tiada lagi kemaskini untuknya.


TIPS & ULASAN