Cari @ Amanz

Apple Watch merupakan jam tangan pintar pertama daripada Apple yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas. Beberapa pasaran berhampiran telah menerimanya, termasuk akan mula dijual di Indonesia bermula penghujung minggu ini. Namun, bagaimanakah untuk pasaran Malaysia?

Laman Apple Watch tempatan sebelum ini memaparkan Apple Watch akan hadir pada tahun 2015 ini, namun, sejak daripada semalam, pihak Apple telah mengubah notis berkenaan, dan mengatakan “Coming Soon“.

Apple Watch Malaysia

Ini sekaligus membawa kepada pertanyaan, sama ada kita akan melihatnya untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ataupun sebaliknya. Daripada gaya perubahan yang dilakukan oleh Apple, ia menunjukkan yang mana kita mungkin hanya akan melihatnya sekitar tahun hadapan sahaja – apatah lagi dengan cuti Hari Natal yang menjelang tiba dalam beberapa minggu lagi.

Bagi anda yang masih inginkan jam tangan pintar, mungkin boleh mencuba beberapa jenama lain yang telah terdapat di pasaran, termasuk Samsung Gear S2 dan juga Sony Smartwatch 3. Bagi pengguna peranti iPhone, mungkin anda perlu bergantung kepada peranti berasaskan Android Wear buat masa ini memandangkan Samsung masih belum menerbitkan aplikasi Gear Manager untuk pengguna iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd