Kemaskini Google Chrome Baru Membuang Pusat Notifikasi Desktop

Kemaskini Google Chrome Baru Membuang Pusat Notifikasi Desktop

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Pusat notifikasi desktop pada Google Chrome boleh dikatakan tidak digunakan ramai. Menyedari perkara ini, pada bulan Oktober lepas, Google telah mengumumkan mereka akan membuangnya, dan melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan hari ini, Google Chrome tidak lagi menyertakannya.

Chrome Notification

Sebelum ini, Chrome Notification Center menyertakan sokongan integrasi bersama Google Now, memudahkan pengguna melihat notifikasi, selain turut menerima notifikasi daripada web-web yang menyokongnya.

Dengan sokongan integrasi notifikasi berasaskan web yang telah mula digunakan sebagai piawaian web semasa, Google melihat ia tidak lagi relevan kepada pengguna masa kini.

Fungsi notifikasi desktop ini hanya dibuang pada Windows, Mac dan Linux sahaja, sebaliknya ia masih dikekalkan untuk pengguna Chrome OS buat masa ini.

Muat-Turun Google Chrome untuk desktop


TIPS & ULASAN