Samsung Memperkenalkan Pelayar Web Realiti-Maya Untuk Gear VR

Samsung Memperkenalkan Pelayar Web Realiti-Maya Untuk Gear VR

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Samsung merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada arena realiti-maya, malah telah mula menawarkan produk mereka untuk pengguna pasaran tempatan. Terkini, dalam melangkah setapak kehadapan, Samsung turut memperkenalkan pelayar web mereka tersendiri dinamakan sebagai Samsung Internet for Gear VR.

Pelayar web ini dioptimasikan untuk penggunaan dalam peranti realiti-maya, sekaligus membuka ruangan kepada penggunanya mengakses kandungan yang bukan terhad kepada aplikasi yang dimuat-turun sahaja – tetapi kepada keseluruhan web.

Samsung Internet Gear VR

Pelayar web Samsung Internet ini juga turut menyertakan sokongan 360-darjah, penstriman video 3D, dan juga sokongan video HTML5. Untuk membuat input, ia menyertakan sokongan input berasaskan suara, selain papan kekunci maya.

Pengguna peranti Samsung sedia ada turut boleh mengimport Bookmark mereka daripada peranti Android kepada Gear VR ini, dan menikmati kandungan melaluinya.

Pengguna Gear VR boleh memuat-turun pelayar web Samsung Internet Beta ini melalui Oculus Store bermula hari ini – 2 Disember 2015.

Samsung Internet Gear VR

Samsung Internet Gear VR


TIPS & ULASAN