Zuckerberg Ingin Sumbang 99% Pegangan Beliau Pada Facebook Untuk Inisiatif Kesamarataan Kanak-Kanak

Zuckerberg Ingin Sumbang 99% Pegangan Beliau Pada Facebook Untuk Inisiatif Kesamarataan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Mark Zuckerberg baru sahaja menyambut kelahiran anak baru beliau, dan bersempena dengannya, beliau turut mengumumkan sebuah inisiatif baru – gabungan Mark dan isteri beliau, dinamakan sebagai Chan Zuckerberg Initiative.

Melaluinya, Mark Zuckerberg mengatakan mereka akan menyumbang pegangan sebanyak 99% mereka di Facebook – yang mana bernilai sekitar $45 bilion berdasarkan kepada nilai saham Facebook pada hari ini.

Chan Zuckerberg Initiative

Melalui inisiatif ini, Mark Zuckerberg mengatakan mereka akan memfokuskan kepada membawa potensi manusia setapak kehadapan, selain pada masa yang sama mempromosikan kepada kesamarataan dikalangan kanak-kanak generasi akan datang.

Fokus awal mereka dilihat akan lebih kepada pembelajaran, mengatasi penyakit, menghubungkan pengguna, dan membangunkan komuniti.

Sumbangan kewangan akan dilakukan secara berperingkat oleh Zuckerberg, dimana beliau tidak akan menjual lebih daripada $1 bilion nilai saham untuk setiap tahun. Dan sebarang keuntungan yang dihasilkan dibawah inisiatif ini akan turut dilaburkan untuk meneruskan pelbagai matlamat lain.


TIPS & ULASAN