Spotify Mengumumkan Senarai Artis Dan Lagu Paling Popular Sepanjang 2015

Spotify Mengumumkan Senarai Artis Dan Lagu Paling Popular Sepanjang 2015

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Spotify masih lagi kekal sebagai perkhidmatan penstriman paling popular tahun ini walaupun mendapat saingan dari Apple Music dan Tidal. Mereka baru sahaja mengumumkan statistik pengguna sepanjang 2015. Tahun ini 75 Juta pengguna melakukan penstriman muzik menggunakan perkhidmatan mereka dengan tempoh mendengar terkumpul melebihi 20 Billion jam. Artis RAP Drake dinobatkan sebagai artis paling popular 2015 dengan lagu beliau dimainkan 1.8 Billion kali dari 46 Juta pengguna. Ini diikuti pula oleh Ed Sheeran, The Weeknd, Maroon 5 dan Kanye West. Artis wanita paling popular pula ialah Rihanna dengan mainan lagu mencecah 1 Billion kali dari 57 Juta pengguna. Lagu paling popular 2015 ula ialah Lean On (feat. MØ & DJ Snake) oleh Major Lazer dengan 540 Juta mainan manakala album paling popular ialah Beauty Behind The Madness oleh The Weeknd.

Artis Global Paling Popular

  1. Drake
  2. Ed Sheeran
  3. The Weeknd
  4. Maroon 5
  5. Kanye West

Artis Global Lelaki Paling Popular

  1. Drake
  2. Ed Sheeran
  3. The Weeknd
  4. Maroon 5
  5. Kanye West

Artis Global Wanita Paling Popular

  1. Rihanna
  2. Ariana Grande
  3. Nicki Minaj
  4. Beyoncé
  5. Ellie Goulding

Lagu Global Paling Popular

  1. Lean On (feat. MØ & DJ Snake) – Major Lazer
  2. Cheerleader – Felix Jaehn Remix Radio Edit – OMI
  3. Uptown Funk – Mark Ronson
  4. See You Again (feat. Charlie Puth) – Wiz Khalifa
  5. Love Me Like You Do – From “Fifty Shades Of Grey” – Ellie Goulding

Album Global Paling Popular

  1. Beauty Behind The Madness – The Weeknd
  2. If You’re Reading This It’s Too Late – Drake
  3. Peace Is The Mission – Major Lazer
  4. Stories – Avicii
  5. Title – Meghan Trainor

TIPS & ULASAN