Monument Valley merupakan salah satu permainan berbentuk puzzle yang popular pada peranti mudah-alih – iaitu di Android dan iOS. Ia telah menerima pujian ramai disebabkan oleh penawaran permainannya, dan juga rekabentuk permainan berkenaan. Terkini, permainan yang berharga $4 berkenaan mula ditawarkan secara percuma kepada pengguna iOS.
Pihak penerbitnya tidak mengatakan sampai bilakah promosi berkenaan. Permainan ini mengambil bentuk permainan mengaitkan geometri dan juga seni bina – dimana pengguna perlu mengawal watak Princess Ida dalam melalui beberapa laluan – termasuk yang tersembunyi dan bermisteri.
Ia tidak diketahui sampai bilakah permainan ini akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS. Untuk pengguna Android, permainan ini masih ditawarkan pada harga jualan biasa, iaitu RM13.
- Muat Turun
- Muat-Turun Monument Valley untuk iOS