Samsung Memperkenalkan Siri Galaxy A (2016) Dengan Rekaan Dan Ciri Premium

Samsung Memperkenalkan Siri Galaxy A (2016) Dengan Rekaan Dan Ciri Premium

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, hari ini, Samsung Electronics secara rasminya memperkenalkan siri Galaxy A terbaru mereka untuk tahun 2016, dimana hadir dalam tiga pilihan saiz berbeza. Galaxy A7 (2016) hadir dengan skrin 5.5-inci, Galaxy A5 (2016) hadir dengan skrin 5.2-inci, dan Galaxy A3 (2016) hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci.

Samsung Galaxy A7 2016

Peranti keluarga Galaxy A (2016) ini masih mengekalkan rekaan premium mereka – hadir dengan kombinasi bingkai berasaskan logam, dan juga kaca. Samsung mengatakan kini ia lebih premium, selain Galaxy A5 dan juga Galaxy A7 yang turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari – dan boleh digunakan bersama-sama Samsung Pay (yang disokong dibeberapa buah negara).

Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy A (2016) turut hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal (OIS), dan turut menyertakan fungsi Quick Launch dengan menekan butang Home dua kali untuk mengakses kamera.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A7 (2016) hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip lapan teras 1.6Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, dan bateri 3300mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel (OIS) dan kamera hadapan 5-megapixel.

Galaxy A5 (2016) turut hadir dengan ciri-ciri serupa, tetapi hadir dengan skrin 5.2-inci, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 2900mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Galaxy A3 pula menggunakan skrin 4.7-inci, cip empat-teras 1.5Ghz, memori 1.5GB RAM, dan bateri berkapasiti 2300mAh. Ia turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel (tanpa OIS) dan kamera hadapan 5-megapixel.

Samsung Galaxy A (2016) akan mula dijual di China bermula pertengahan Disember 2015 ini, dan diperluaskan ke pasaran negara lain pada tahun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN