Andy Rubin, Pengasas Android Dilaporkan Mungkin Memulakan Syarikat Telefon Pintar

Andy Rubin, Pengasas Android Dilaporkan Mungkin Memulakan Syarikat Telefon Pintar

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

Dari tahun ke tahun, pengeluaran telefon pintar kini semakin mudah, apatah lagi jikalau ingin melancarkan dan mengeluarkan jenama yang tersendiri. Kini, ia dilaporkan, Andy Rubin, pengasas dan bapa kepada sistem operasi Android mungkin akan memulakan sebuah syarikat telefon pintar Android.

Andy - Vic - Sundar

Andy Rubin sebelum ini telah memulakan Android, dan diambil-alih oleh Google. Beliau turut telah menjadi ketua bahagian Android di Google sejak ia dimulakan, dan telah beralih ke bahagian robotik lebih kurang dua tahun lepas, sebelum turut beralih memulakan dana pelaburan beliau tersendiri.

Pada hari ini, persaingan dalam arena telefon pintar agak tinggi, dan terdapat pelbagai jenama di pasaran. Mungkin Andy Rubin mempunyai idea tersendiri dalam bersaing di arena yang pesat ini – dan tidak mustahil jika beliau memulakannya, ia menerima sokongan daripada ramai pengemar Android seluruh dunia.


TIPS & ULASAN