Google Street View Kini Diperluaskan Ke Pulau Tioman Dan Labuan

Google Street View Kini Diperluaskan Ke Pulau Tioman Dan Labuan

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

Pada bulan Jun yang lepas, Google Malaysia telah mengumumkan yang mana mereka telah memulakan rakaman di Pulau Tioman menggunakan kenderaan ATV (all-terrain vehicle). Kini, selang lebih kurang 6 bulan sejak daripadanya, Google bergerak pantas, dan telah pun menerbitkan hasil rakaman mereka di pulau berkenaan.

Street View ATV

Melalui Google Street View, kini pengguna boleh melihat pelbagai gambar-gambar sekitar Pulau Tioman, dan menjelajah ke pulau berkenaan terus daripada kaca monitor atau telefon pintar anda.

Selain daripada Pulau Tioman, Google Malaysia juga turut menambah Wilayah Persekutuan Labuan untuk turut diteroka melalui perkhidmatan Street View – dimana pelbagai jalan-jalan awam di Labuan telah diliputi di Google Street View.

Layari : Google Maps Malaysia


TIPS & ULASAN