HP Spectre x2 Dilancarkan Di Malaysia, Rekaan Seumpama Surface, Berharga RM3999

HP Spectre x2 Dilancarkan Di Malaysia, Rekaan Seumpama Surface, Berharga RM3999

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

HP Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru mereka, termasuk yang menjadi fokus utama adalah komputer riba terkini mereka, HP Spectre x2 yang mana membawakan rekaan seumpama Surface Pro – dimana membawakan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, serta sebuah kickstand pada bahagian belakang.

HP Spectre x2

HP Spectre x2 juga turut dilengkapi dengan beberapa sokongan teknologi terkini, termasuk menyokong USB Type-C, dan kamera hadapannya menyokong Intel Realsense 3D untuk membolehkan ia merakamkan gambar 3D untuk sekuriti, mahupun untuk mengimbas produk bagi percetakkan 3D.

HP Spectre x2

HP Spectre x2

Dari segi spesifikasi, HP Spectre x2 menggunakan cip pemprosesan Intel Core M3-6Y30, dilengkapi grafik Intel HD Graphics 515, skrin bersaiz 12-inci dengan resolusi 1920×1280 pixel, serta memori sebanyak 4GB SDRAM. HP turut melengkapkan komputer riba ini dengan storan 128GB SSD.

HP mengatakan ia menyokong bateri yang mampu bertahan selama 10 jam lamanya, serta dilengkapi dengan sokongan audio Bang & Olufsen (2 speaker pada bahagian tablet, dan 2 speaker pada papan kekunci).

HP Spectre x2

HP Spectre x2

HP Spectre x2

Di Malaysia, HP Spectre x2 dijual pada harga RM3999 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi HP seluruh negara. HP turut dijangka akan menawarkan sebuah pena stylus dinamakan HP Active Pen tidak lama lagi. Semua jualan HP Spectre x2 hadir dengan papan kekunci terbina.


TIPS & ULASAN