Samsung Mepatenkan Telefon Yang Mampu Berubah Menjadi Komputer Riba

Samsung Mepatenkan Telefon Yang Mampu Berubah Menjadi Komputer Riba

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

Peranti pintar yang mampu berubah menjadi sebuah komputer telah wujud di dalam bentuk Continuum sistem operasi Windows Phone 10. Telefon pintar yang mampu berubah menjadi komputer riba juga sudah dihasilkan oleh Asus dengan Transformer Book V tahun lalu. Sambutan terhadap Transformer Book V yang boleh menjalankan sistem operasi Android dan Windows ini adalah agak dingin kerana harga jualan yang terlalu tinggi. Tetapi hakikatnya kita kini hidup di dunia pasca PC dan peranti yang mampu berubah menjadi beberapa peranti lain adalah keperluan yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengejutkan juga bagi menyediakan diri untuk dunia peranti pelbagai guna ini Qualcomm dikatakan akan menghasilkan Snapdragon 830 yang menyokong RAM sehingga 8 Gigabyte.

Paten-tablet-komputer-pintar-Samsung-1

Samsung juga nampaknya tidak mahu ketinggalan memasuki pasaran peranti pintar pelbagai guna ini. Mereka telah mempatenkan peranti pintar yang mampu berubah menjadi sebuah komputer riba seperti Transformer Book V.  Berbeza dengan komputer ciptaan Asus ini, lakaran paten Samsung menujukan peranti diletakkan pada bahagian kekunci komputer riba. Ini bagi memudahkan skrin telefon pintar diakses ketika ia berfungsi sebagai sebuah komputer riba. Peranti hibrid Samsung ini juga mampu menggunakan sistem operasi Android dan Windows secara serentak. Bagaimanakah implementasi sistem akan dilakukan tidak pula diberitahu dengan lebih terperinci.

Adakah penggunaan peranti hibrid dwi-OS Samsung ini akan berjaya? Harus diingat peranti phablet gagal mendapat perhatian pengguna sehinggalah Samsung menghasilkan Galaxy Note. Mereka juga berjaya mempopularkan semula penggunaan stylus yang amat dibenci mendiang Steve Jobs. Dengan kepakaran kejuruteraan dan pengiklanan mereka kami tidak akan terkejut sekiranya peranti hibrid dwi-OS boleh menjadi popular walaupun pernah beberapa kali gagal sebelum ini.

6a0168e68320b0970c01b8d118ca99970c-800wi

 


TIPS & ULASAN