Telekom Malaysia Dan iFlix Bakal Mengumumkan Kerjasama Esok, 4 Disember

Telekom Malaysia Dan iFlix Bakal Mengumumkan Kerjasama Esok, 4 Disember

Diterbitkan pada Dis 3, 2015 oleh .

iFlix sebelum ini telah memberikan petanda mereka akan mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi. Menariknya, kini mereka telah menjadualkan sebuah acara pengumuman untuk esok, 4 Disember – dan bukannya syarikat telekomunikasi mudah-alih seperti dijangkakan, sebaliknya bersama-sama dengan pihak Telekom Malaysia.

Ia tidak lagi diketahui apakah yang akan diumumkan oleh kedua-dua syarikat, memandangkan pengguna talian Streamyx dan Unifi tidak perlu risau akan penggunaan kuota seperti pengguna peranti mudah-alih yang lain.

Mungkinkah kita akan melihat integrasi iFlix pada HyppTV terus, dan langganan yang boleh dilakukan oleh pelanggan Telekom Malaysia yang dicas terus ke bil bulanan mereka?

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh iFlix dan Telekom Malaysia pada pagi esok.


TIPS & ULASAN