Facebook telah memperkenalkan sokongan Instant Articles sebelum ini, yang mana membolehkan para pengguna mengikuti berita dan artikel tanpa perlu meninggalkan aplikasi mereka. Terkini, ia turut diperluaskan ke pasaran Asia, dan turut diperkenalkan untuk para pengguna di Malaysia.
Di Malaysia, hanya satu penerbit sahaja yang menggunakannya buat masa ini, iaitu Sin Chew Daily. Jika anda melihat sebarang perkongsian Instant Article, anda akan melihat sebuah ikon berbentuk kilat pada bahagian tepi, dimana anda boleh tap padanya dan mengakses artikel penuh tanpa perlu meninggalkan aplikasi Facebook.
Ini merupakan salah satu usaha Facebook untuk memudahkan pengguna mengikuti pelbagai artikel tanpa perlu meninggalkan aplikasi mereka – disamping menawarkan paparan yang cantik dan kemas pada peranti mudah-alih.
Untuk penerbit juga, mereka boleh menjual pengiklanan pada artikel, dan menyimpan keseluruhan pendapatan. Atau mereka juga turut boleh memilih untuk menggunakan kelebihan Facebook untuk menjana pendapatan untuk mereka melalui platform pengiklanan Facebook.
Dengan pengenalan Instant Articles ini di Malaysia, mungkinkah kita akan melihat lebih ramai penerbit kandungan menggunakannya dalam berkongsi kandungan?