Cari @ Amanz

Xiaomi telah mengatakan akan menawarkan ROM Windows 10 Mobile untuk pengguna peranti Xiaomi Mi4 LTE sebelum ini, dan hari ini, ia telah dilancarkan dan sedia dimuat-turun oleh pengguna seluruh dunia.

Xiaomi Windows 10

Windows 10 Mobile ini ditawarkan untuk pengguna Xiaomi Mi4 versi LTE sahaja. Memasangnya, ia akan menggantikan sistem dan data sedia ada sepenuhnya kepada platform Windows.

Pengguna Mi4 yang berminat boleh memuat-turun Windows 10 Mobile untuk peranti berkenaan hari ini, dan memasangnya terus. Pihak Microsoft juga turut mengalakkan pengguna Mi4 menyertai program Windows Insider untuk menerima pelbagai info dan kemaskini semasa untuk peranti mereka.

Disamping itu, pihak Xiaomi turut menekankan yang mana pengguna boleh beralih kembali kepada MIUI pada bila-bila masa jika tidak menyukainya dengan flash kembali ROM MIUI7 yang disediakan Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd