Red Rhino LF5G – Lori Bomba Mini Memadam Kebakaran Di Kawasan Sempit Singapura

Red Rhino LF5G – Lori Bomba Mini Memadam Kebakaran Di Kawasan Sempit Singapura

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

Rekaan lazim sebuah kenderaan bomba ialah lori enam tayar yang besar. Kerap kali apabila menonton laporan kebakaran di kaca TV kami mendengar pihak bomba mengalami masalah memasuki kawasan kebakaran kerana saiz lori yang terlalu besar. Sebagai contoh tahun lalu berlaku kebakaran di kawasan ladang yang tidak mempunyai jalan berturap. Lori bomba tersekat beberapa kali dan ini melambatkan proses memadamkan api. Selain daripada itu lori bomba juga kerap mengalami masalah melepasi kesesakan jalan raya terutamanya di tengah bandar. Setiap saat ianya terperangkap boleh menyebabkan mangsa kebakaran gagal diselamatkan. Singapura menyedari masalah ini wujud dan pasukan pertahanan mereka kini menggunakan lori bomba mini yang direka khas untuk kegunaan kawasan bandar.

red-rhino-lf5g-2

Red Rhino LF5G ialah sebuah Isuzu D-MAX yang diubah suai untuk kegunaan khas Kota Singa. Kenderaan bantuan kecemasan ini dibangunkan oleh syarikat tempatan HOPE Technik. Red Rhino LF5G  mampu memuatkan empat orang anggota bomba ataupun lima orang anggota paramedik. Tubuh kenderaan diperbuat daripada bahan gentian kaca bagi mengurangkan berat. Pintu juga tidak disertakan bagi memudahkan proses keluar masuk anggota bomba. Kenderaan dengan enjin 2.5 Liter 165 kuasa kuda ini turut dilengkapi tangki berisi busa memadam api serta kelengkapan memadam api yang lengkap. Ia tidak direka untuk menggantikan lori bomba yang sedia ada tetapi sebagai kenderaan bantuan barisan hadapan sebelum ketibaan jentera memadam api yang lain.

red-rhino-lf5g-1


TIPS & ULASAN