Cardboard Camera – Kamera VR Untuk Paparan VR Google Carboard

Diterbitkan pada Dis 4, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Cardboard ialah peranti maya yang paling mampu milik di pasaran. Ia membolehkan anda melihat video 360 darjah melalui Youtube dan membenarkan anda mengembara di alam maya dengan mudah. Kini wujud aplikasi yang membolehkan anda mengambil gambar 360 darjah anda sendiri yang boleh diselami menggunakan Google Cardboard. Dengan menggunakan Cardboard Camera, gambar panorama 2D akan diubah menjadi gambar 3D yang berputar mengikut pergerakan kepala pemakai. Untuk menggunakan aplikasi peranti anda sekurang-kurangnya perlu menggunakan Android 4.4 dan ke atas. Buat masa ini Cardboard Camera hanya menyokong platform Android dan versi iOS akan hadir di masa hadapan. Kepada pemilik Google Cardboard yang mahu menghasilkan dunia maya mereka sendiri, ini adalah aplikasi yang harus anda muat turun sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami