BlackBerry PRIV Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Melangkaui RM3k

BlackBerry PRIV Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Melangkaui RM3k

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

BlackBerry Malaysia menjadualkan pelancaran telefon pintar berasaskan Android mereka secara rasminya pada 8 Disember 2015 kelak. Namun, terdapat beberapa penjual tempatan yang telah menjualnya di pasaran tempatan – dikatakan membawakan harga jualan sekitar RM3559.

Blackberry Priv

Salah seorang penjual turut menawarkan peranti BlackBerry PRIV set asli tempatan yang diedarkan oleh Brightstar ini pada harga jualan serendah RM3320.

BlackBerry PRIV merupakan telefon pintar paling baru daripada BlackBerry, menggunakan sistem operasi Android sepenuhnya dan hadir dengan beberapa penambahan fungsi – serta memfokuskan kepada sekuriti dan privasi.

Ia turut hadir dengan papan kekunci fizikal yang boleh diluncurkan, selain menyertakan aplikasi seperti BlackBerry Hub dan juga BBM.

Pada harganya, BlackBerry Priv ii membawakan harga yang lebih kurang sama seperti Blackphone 2 yang telah mula dijual di Malaysia sejak daripada beberapa minggu lepas.


TIPS & ULASAN