Cari @ Amanz

Fungsi gimik akan melakukan jualan peranti. Apple dengan gimik 3D Touch manakala HTC dahulu dengan gimik Duo Camera. Kyocera sebelum ini pernah mempunyai gimik peranti dwi-skrin Echo. Kini mereka muncul dengan Digno Rafre, peranti yang direka untuk tahan basuhan menggunakan sabun dan air panas. Peranti berskrin 5″ 720P, pemproses 1.4 GHz empat teras Snapdragon 410, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Bateri pula sebesar 3000 mAh.

Tahap ketahanan IP58 membolehkan peranti Android 5.1 dibasuh menggunakan air panas sehingga 43 darjah Celsius. Ketahanan air sabun pula memastikan permukaan peranti benar-benar bersih dari kekotoran berbanding basuhan biasa pada peranti kalis air yang lain. Fungsi tambahan lain ialah ia mempunyai TV terbina dan menggunakan teknologi audio konduksi tulang untuk pengguna melakukan panggilan telefon. Ini bermakna tiada pembesar suara digunakan seperti pada peranti lain di pasaran. Digno Rafre hanya dijual untuk pasaran Jepun buat masa ini dengan harga jualan  57420 Yen (~RM 1970) sebuah.

Kyocera-Digno-Rafre-1

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd