Fitbit Kini Jenama Terkemuka Dalam Arena Peranti Boleh-Pakai, Apple Dan Xiaomi Mengejar Dibelakang

Fitbit Kini Jenama Terkemuka Dalam Arena Peranti Boleh-Pakai, Apple Dan Xiaomi Mengejar Dibelakang

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

Pada tahun ini, kita telah menyaksikan persaingan sengit dalam arena peranti boleh-pakai. Terkini, pihak IDC telah mengeluarkan statistik semasa, memperlihatkan Fitbit sebagai jenama terkemuka untuk peranti boleh-pakai, dengan pegangan sebanyak 22.2% pada suku tahun lepas.

Menyusul dibelakangnya adalah Apple dengan pegangan sebanyak 18.6%, dan Xiaomi hanya dibelakang Apple dengan pegangan sebanyak 17.4%.

IDC Q3 2015

Secara keseluruhan, pada suku tahun 2015 yang lepas, sebanyak 21 juta peranti boleh-pakai telah dikeluarkan – yang mana meningkat sebanyak 197.6% jikalau dibandingkan dengan angka tahun 2014 yang lepas.

Samsung masih tidak tersenarai dalam lima jenama teratas buat masa ini – dan begitu juga dengan jenama lain seperti Sony dan Asus.

Mungkin kita akan melihat persaingan yang lebih sengit dalam arena ini, apatah lagi dengan Xiaomi yang telah memperkenalkan Mi Band Pulse baru-baru ini, selain turut telah mula memperluaskan pasaran mereka ke beberapa negara baru.


TIPS & ULASAN