Toshiba, Fujitsu Dan Vaio Dilaporkan Ingin Menyatukan Pengeluaran PC

Toshiba, Fujitsu Dan Vaio Dilaporkan Ingin Menyatukan Pengeluaran PC

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

Industri pengeluaran PC dan komputer riba boleh dikatakan agak merudum sejak daripada kehadiran peranti mudah-alih, dan juga rekaan tablet-komputer. Lanjutan daripadanya, pelbagai syarikat pengeluaran komputer mengalami penurunan jualan dari tahun ke tahun.

Sony sendiri sebelum ini telah mengasingan Vaio sebagai syarikat dan entiti berasingan, dan terkini mengikut laporan awal, Toshiba, Fujitsu dan Vaio dilaporkan akan bersatu untuk perniagaan PC mereka.

Ketiga-tiga syarikat berkenaan dilaporkan akan membincangkan mengenai penyatuan syarikat dan bahagian pengeluaran PC mereka kelak pada tahun ini, dan menyasarkan untuk mengumumkan syarikat baru pada 1 April 2016 kelak.

Ketiga-tiga syarikat juga turut mempunyai pegangan pasaran yang berbeza – dan penyatuan ini juga akan menjadikan entiti baru tersebut kelak sebagai syarikat perkomputeran terbesar di Jepun. Selepas penyatuan ini kelak, syarikat baru tersebut dikatakan akan diuruskan operasinya oleh Vaio.


TIPS & ULASAN