Rokok Elektronik Difatwakan Haram Oleh Mufti Pulau Pinang

Rokok Elektronik Difatwakan Haram Oleh Mufti Pulau Pinang

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

Rokok elektronik atau vape telah difatwakan haram sebelum ini, tetapi melalui proses kajian semula. Terkini, hari ini, Mufti Pulau Pinang memutuskan yang mana penggunaan rokok elektronik ini difatwakan sebagai haram.

Rokok elektronik atau vape ini difatwakan haram mengikut pandangan Islam, dimana ia boleh menjejaskan kesihatan individu yang menghisapnya, membawa kepada kemudaratan dan juga pembaziran.

Ramai sebelum ini mempersoalkan mengenainya memandangkan ia digunakan oleh sesetengah pengguna untuk berhenti merokok. Namun, ia dilihat turut disalah gunakan oleh ramai pengguna, termasuk mereka yang tidak pernah hisap merokok turut mula menggunakan vape – serta menimbulkan ketidak-selesaan kepada orang ramai.

Kementerian Kesihatan turut telah mengatakan sebelum ini yang mana pengguna yang ingin berhenti merokok boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor daripada klinik-klinik kerajaan dan 1Malaysia seluruh negara.

Selain Pulau Pinang, sebelum ini, Johor telah mengumumkan pengharaman jualan vape bermula tahun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN