Carian
Xiaomi Akan Memulakan Ujian Android 6.0 Marshmallow Bermula Minggu Hadapan
December 4, 2015 Aman

Xiaomi boleh dikatakan agak lambat dalam pengenalan Android versi terkini, malah, terdapat MIUI versi terkini yang masih berasaskan kepada Android 4.4 KitKat. Namun, perkara ini dilihat akan berubah tidak lama lagi, dengan pihak Xiaomi kini mengumumkan bakal memulakan ujian beta untuk Android 6.0 Marshmallow tidak lama lagi.

Android 6.0 Marshmallow

Daripada apa yang dikongsikan, Xiaomi akan memulakan ujian beta Android 6.0 Marshmallow untuk Mi 4 pada minggu hadapan – dan memfokuskan kepada pasaran China terlebih dahulu. Selain daripada itu, antara peranti terawal lain yang akan menerima Android 6.0 Marshmallow adalah termasuk Mi Note dan juga Mi 3.

Hendaklah diambil perhatian yang mana Xiaomi hanya akan menawarkan MIUI berasaskan Android 6.0 Marshmallow dalam bentuk beta, dan akan masih tidak memberikan kata putus lagi berkenaan bilakah versi akhir akan dilancarkan. Mungkin kita akan melihatnya dalam masa beberapa bulan lagi – termasuk pengenalan kemaskini serupa untuk keluarga Redmi.

Komen