Android Dijangka Menguasai 82.6% Pasaran Peranti Pintar Menjelang 2019

Android Dijangka Menguasai 82.6% Pasaran Peranti Pintar Menjelang 2019

Diterbitkan pada Dis 5, 2015 oleh .

Dua sistem operasi peranti pintar paling popular di dunia ialah Android dan iOS. Namun penguasaan peranti Android kini sudah mencecah 81% manakala pencabar terdekatnya iOS hanya memegang 15.8%. Peratusan pegangan pasaran peranti pintar Android dijangka akan terus meningkat dan meninggalkan iOS. Menurut perangkaan dari IDC, peratusan peranti yang menggunakan Android akan mencecah 82.6% menjelang 2019. Pada waktu yang sama pegangan iOS dijangka berkurangan ke 14.1%. Jualan peranti Android juga diramalkan meningkat ke 1.54 Billion peranti setahun. Ini adalah trend global tetapi negara-negara maju peratusan pengguna Android dan iOS adalah hampir setanding. Jadi jelaslah di sini Android akan menjadi sistem operasi golongan kebanyakan dan memberikan mereka akses kepada dunia siber. Sekiranya anda pengguna peranti iOS anda akan menjadi golongan minoriti yang juga merupakan golongan berada. Bersyukurlah dengan rezeki yang dilimpahkan tuhan ini.

 


TIPS & ULASAN