Carian
Sony Mengambil-Alih Bahagian Pengimejan Toshiba Pada Nilai $155 Juta
December 5, 2015 Aman

Sony sebelum ini telah mengumumkan akan mengambil-alih bahagian sensor pengimejan Toshiba pada bulan Oktober yang lepas, dan terkini, mereka mngumumkan yang mana nilai yang terlibat dalam pengambil-alihan ini adalah mencapai nilai $155 juta (~RM649 juta).

Sony Xperia Z5 -IMG_7214

Dengan pengambil-alihan ini, Sony akan mendapatkan fasiliti Toshiba untuk sensor pengimejan, selain turut mendapatkan pekerja, dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengannya.

Seperti ramai sedia maklum, perniagaan sensor pengimejan adalah salah satu perniagaan yang utama untuk Sony. Kebanyakkan peranti mudah-alih menggunakan sensor daripada Sony – termasuk Samsung pada Galaxy S6, selain pihak Xiaomi dan beberapa pengeluar lain.

Untuk pihak Toshiba pula, penjualan ini mungkin sesuatu yang dijangkakan, apatah lagi dengan keuntungan mereka yang berkurangan dalam arena tersebut, termasuk penstrukturan semula syarikat mereka dengan fokus ke arah perniagaan yang baru.

Komen